Selasa, 10 Januari 2012

entah le

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Aku tahu murid tingkatan 4 ramai yang mula pindah sekolah. Ada beberapa kawan aku juga telah pindah sekolah kerana untuk menyambung atau meneruskan pembelajaran mereka di dalam bidang yang diminati. Jikalau boleh janganlah pindah sekolah hanya semata-mata ikut kawan anda. Kalau anda buat begitu, anda akan merana. Kawan anda tidak akan merana. Segala bidang yang anda minati perlulah untuk diri sendiri, janganlah anda ambil matapelajaran itu kerana kawan anda juga mengambilnya. Sampai disini sahaja. Aku ucapkan selamat jalan atau selamat tinggal kepada kawan-kawan yang pindah sekolah ke sekolah lain. Dengan pesanan: belajarlah elok-elok

BERSUSAH-SUSAH DAHULU, 
BERSENANG-SENANG KEMUDIAN


Pertemuan dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa




 "Setiap ada pertemuan pasti ada perpisahan,
               Kalau kita tidak ingin berpisah maka janganlah bertemu
 tapi kalau sudah bertemu, maka bersiaplah untuk berpisah dengannya."



Tiada ulasan: