Sabtu, 31 Disember 2011

SaYa SuKa!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

inilah kata semangat daripada cikgu-cikgu ku untuk aku. Selepas aku mengambil keputusan PMR 2011, aku ucapakan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu ku yang mengajar aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. aku meminta maaf kepada cikgu aku kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi cikgu -cikgu ku terus memberi semangat kepada aku. Sekarang ini aku lebih bersemangat. TERIMA KASIH CIKGU!


Salina Adore Zalina alhamdulillah, congratulations.... insyaAllah, berusaha dan terusaha, kejayaan pasti milik arif~

Teacher Nooral Izainee Ibrahim Terima kasih arif. Takpe usaha lagi. Tak guna jugak kalau dapat results bagus masuk kelas depan2, tapi perangai biadap. Exams sekolah tak sama dengan alam universiti.

Cikgu Saripah Muhamed Jaafar ni cikgu petik drp kata2 Dato' Dr Fadhilah Kamsah yg berbunyi "seorg pelajar yg cemerlang akan berjaya krn tingkah lakunya, doanya, amalannya, budi pekertinya, hormat ibu bapa, guru2, rakan2, tidak dengki mendengki serta jauhkan prasangka dan sentiasa membaiki diri..." peganglah pd prinsip "Usaha,Disiplin,Doa dan Tawakal" cikgu yakinMuhammad Arif akan berjaya dlm hidup...

Cikgu Rafidah Hussin betul ckp ckgu kat atas. W/pun keputusan tak seperti yang diharap, ckgu harap kamu dapat kekalkan akhlak yang baik, kelebihan yang tak ramai pelajar ada. Insyaallah spm nanti buat yang lebih baik. Cuba semampu mungkin, yang lain doa dan tawakal. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.

Cikgu Zarina Result tu dah ok..bersyukur tiada D dan E...tambahkan usaha mesti semua jd A...target SPM. Berdoa dan usaha dr sekarang semoga dpt masuk U...(USM ka, UM ka, UTM ka...)demi kerjaya masa depan.

Cikgu Rosida Hasbullah Tahniah Arif. Cikgu dah cukup bangga ngan aawak.

Cikgu Azliana Fahim saya sangat sokong kata2 Pn. Rafidah Hussin . Yang paling penting kita jaga akhlak kita sentiasa..itu yang paling penting.ada pelajar cemerlang akademik tapi akhlak hancur..kita nak seimbang dunia dan akhirat...jaga hubungan kita dengan Allah..insyaAllah..Allah akan beri jalan yang terbaik untuk kamu..yang penting usaha, doa dan tawakal..selebihnya urusan Allah..Allah suka kepada orang yang berusaha dan berdoa(meminta-minta padaNya)..jangan putus asa..

1 ulasan:

izzati yusof berkata...

aq rase ape yang cikgu ckp semua betul...
untung nye ko arif sebab semua cikgu bagi semangat kat ko...ramai agi yang dapat keputusan teruk terus terlibat dalam macam gejala x betul so aq yakin sekarang bukan rezeki ko nanti aq yakin rezeki kat spm ...alwsys smile ....