Jumaat, 23 Disember 2011

Keputusan PMR!!


Assalamalaikum, pada hari Khamis bertarikh 22 Disember 2011. Aku telah bersiapkan diriku dengan berpakaian lengkap uniform sekolah. Result PMR telah diumum pada pukul 11:15 pagi. di Dataran Rossle. Pada tahun ini pelajar tingkatan 3 di sekolah aq yang mendapat semua subjek A seramai 37 orang. Nama demi nama disebut. Lalu semua murid yang namanya belum disebut, telah diarah pergi ke dewan sekolah untuk mengambil slip keputusan PMR 2011. Aku pergi mengambil slip aku dekat guru tingkatan aku. Aku telah mendapat keputusan PMR aku yang sederhana sahaja, iaitu 1A 6B 1C. A ialah Kemahiran Hidup Bersepadu  aliran Kemahiran Teknikal. B ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah dan Geografi. C pula ialah Bahasa Inggeris. Aku bersyukur kerana aku telah mendapat keputusan yang sederhana. Aku akan tetap meneruskan dan meninggikan usaha aku untuk menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Tiada ulasan: