Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tahun Baru 2012.

SELAMAT TINGGAL 2011,
SELAMAT DATANG 2012.


Uji Kekuatan Mata Anda. Lihat Gambar-Gambar Ini!

cuba perhatikan gambar dibawah ini .Adakah garis itu berbeza,ini semua hanya ilusi mata

Carikan wajah-wajah dalam gambar ini:
Ada11 wajah dalam gambar ini. Bolehkah anda mencari semuanya?
Orang normal akan menjumpai empat atau lima wajah
Jika anda menjumpai 8, anda memiliki ketelitian lebih dari orang normal.
Jika anda menjumpai 9, anda memiliki ketelitian diatas rata-rata.
Jika anda menjumpai 10, anda adalah seorang sangat teliti.
Jika anda menjumpai 11, ketelitian anda adalah sungguh luar biasa!



Gambar Kapal Atau tiang

Penonton Atau Gudang

Berapa ekor kuda didalam gambar ini,jika mata anda cukup tajam anda akan temui 7 ekor kuda


Berapa orangkah didalam gambar ini?


Gelung yang mustahil


Permaidani Hidup


Air Terjun Atau Manusia

Ada 5 Ekor Rusa Dalam Gambar Ini .Bolehkah Anda Mencarinya?


Berapa Tiang Yang Ada.Tiga Atau Dua?

Bolehkah Anda Mencari 4 Orang Dalam Gambar Ini


Percaya Atau Tidak Tinggi Mereka Adalah Sama

S

Wajah Atau perkataan LIAR


Bolehkah Anda Melihat Perkataan "LIFT"Atau sebuah Kotak Hitam Tanpa Makna


Gambar INi seolah Olah Berdenyut Denyut



Fokuskan Mata Anda Pada Titik Ditengah Tengah Lingkaran.Kemudian Gerakan Kepala Anda Kedepan Dan Kebelakang


Berapakah Titik Hitam Kesemuanya?


Bulatan Atau Lingkaran?


Tangga Tebang


Gamabar Ini Bergerak Atau Tidak?



Adakah Garis Melintangya Bengkang-Bengkok?

Adakah Gambar Ini Bergerak?

Adakah Gambar Ini Bergerak?



 
Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/09/uji-kekuatan-mata-anda-lihat-gambar.html#ixzz1i5olqhYr

SaYa SuKa!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

inilah kata semangat daripada cikgu-cikgu ku untuk aku. Selepas aku mengambil keputusan PMR 2011, aku ucapakan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu ku yang mengajar aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. aku meminta maaf kepada cikgu aku kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi cikgu -cikgu ku terus memberi semangat kepada aku. Sekarang ini aku lebih bersemangat. TERIMA KASIH CIKGU!


Salina Adore Zalina alhamdulillah, congratulations.... insyaAllah, berusaha dan terusaha, kejayaan pasti milik arif~

Teacher Nooral Izainee Ibrahim Terima kasih arif. Takpe usaha lagi. Tak guna jugak kalau dapat results bagus masuk kelas depan2, tapi perangai biadap. Exams sekolah tak sama dengan alam universiti.

Cikgu Saripah Muhamed Jaafar ni cikgu petik drp kata2 Dato' Dr Fadhilah Kamsah yg berbunyi "seorg pelajar yg cemerlang akan berjaya krn tingkah lakunya, doanya, amalannya, budi pekertinya, hormat ibu bapa, guru2, rakan2, tidak dengki mendengki serta jauhkan prasangka dan sentiasa membaiki diri..." peganglah pd prinsip "Usaha,Disiplin,Doa dan Tawakal" cikgu yakinMuhammad Arif akan berjaya dlm hidup...

Cikgu Rafidah Hussin betul ckp ckgu kat atas. W/pun keputusan tak seperti yang diharap, ckgu harap kamu dapat kekalkan akhlak yang baik, kelebihan yang tak ramai pelajar ada. Insyaallah spm nanti buat yang lebih baik. Cuba semampu mungkin, yang lain doa dan tawakal. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.

Cikgu Zarina Result tu dah ok..bersyukur tiada D dan E...tambahkan usaha mesti semua jd A...target SPM. Berdoa dan usaha dr sekarang semoga dpt masuk U...(USM ka, UM ka, UTM ka...)demi kerjaya masa depan.

Cikgu Rosida Hasbullah Tahniah Arif. Cikgu dah cukup bangga ngan aawak.

Cikgu Azliana Fahim saya sangat sokong kata2 Pn. Rafidah Hussin . Yang paling penting kita jaga akhlak kita sentiasa..itu yang paling penting.ada pelajar cemerlang akademik tapi akhlak hancur..kita nak seimbang dunia dan akhirat...jaga hubungan kita dengan Allah..insyaAllah..Allah akan beri jalan yang terbaik untuk kamu..yang penting usaha, doa dan tawakal..selebihnya urusan Allah..Allah suka kepada orang yang berusaha dan berdoa(meminta-minta padaNya)..jangan putus asa..

Jumaat, 30 Disember 2011

Buku Teks!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini aku mengambil buku teks tingkatan 4 untuk tahun depan. Berdasarkan kelas yang akan duduki pada tingkatan 4 adalah aliran elektif prinsip akaun/ict/ekonomi asas... Aku sebernaya nak ambil ict., tetapi aku tidak tahu samaada aku ley bawa ke tidak. sebab apa aku tidak yakin pada diri sendiri kerana BAHASA INGGERIS aku C. tu yang aku fikirkan. boleh ke aku bawa.. tidak apa nanti aku cuba kaunseling.

Tentang Dhia

Assalamualaikum, semalam aku on facebook semuanya pasal tentang dhia.. Aku pun tidak ketinggalan juga update facebook aku pasal drama bersiri Tentang Dhia. Bagi aku cerita tentang dhia lagi best daripada cerita ombak rindu. aku cakap daripada pendapat aku. Cerita tentang dhia juga menceritakan kejadian yang pernah dialami oleh masyarakat, tapi bukan semua orang. hanya sesetengah sahaja. Dalam cerita ini juga memberi banyak pengajaran terutamanya suami isteri. sesuai sangat!!

Rabu, 28 Disember 2011

Beli Buku tulis!!

          Assalamualaikum, hari ini aku pergi sekolah untuk membeli buku tulis. Biasalah sekarang ramai sibuk beli buku tulis kan??

Selasa, 27 Disember 2011

KeMbAL! ke SeK0L@H



Assalamualaikum dan selama sejahtera. Mesti ramai sudah membeli barang keperluan sekolah untuk sesi persekolah tahun 2012. Aku tahu waktu hari pertama persekolah semua bau kedai.... hahaha. Masuk sahaja ke kelas, semua orang sibuk bercerita. biasalah sudah lama tidak berjumpa dengan kawan. Kepada budak-budak darjah 1 pelbagai ragam ada. hari pertama semuanya diam. sebab tidak kenal sesiapa pun. Tidak ketinggalan juga bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Nak tahu sebab apa aku cakap tidak ketinggalan juga bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 ? Sebabnya, pelajar tingkatan 1 akan masuk alam persekolahan di sekolah menengah dan mereka juga akan dapat berkenalan kawan baru serta bertambah juga matapelajaran yang akan dipelajari. Bagi tingkatan 4 pula, seperti aku. mesti ada yang rindu kepada kawan-kawan. Di tingkatan 4 juga tidak boleh lagi main-main kerana sudah hampir dengan SPM. Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2011, aku ucapkan TAHNIAH !! aku sebernanya dah tak tahun nk tulis apa dah!!