Jumaat, 30 Mac 2012

NASIHAT, AMARAN, PERINGATAN !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini Khamis 29 Mac 2012, seperti biasa aku pergi ke sekolah. Aku mula pembelajaran aku di kelas seperti biasa. Tiba-tiba ketua tingkatan memanggil nama aku. tidak kecuali nama kawan-kawan aku. Hanya beberapa orang sahaja nama mereka tidak dipanggil. Ketua tingkatan aku, Iqbal memberitahu kami semua yang dipanggil kena jumpa dengan pengetua.
Aku dan kawan-kawan aku mula risau kerana kami sudah tahu jikalau pengetua nak jumpa mesti pasal keputusan Ujian Setara 1 tidak memuaskan. Kami dipanggil untuk pergi ke dewan/bilik izora. Hanya dua kelas sahaja yang ada ketika itu.
Pengetua membaca semua markah matematik tambahan kelas aku. Aku mula resah kerana takut ditukarkan aliran lain. 

 Pengetua mengatakan akan memberi masa untuk membaiki dan membuktikan. Selain itu, banyakan buat latihan dan cuba sendiri. jangan tiru kawan. sentiasa siap kerja rumah / kerja sekolah.

Tiada ulasan: