Rabu, 30 Mei 2012

pics!!

notisbord1rakbuku


redspot2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
ini adalah salah satu sudut di pusat sumber di sekolah aku.. 

Selasa, 29 Mei 2012

TERIMA KASIH CIKGU!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
setiap tahun pada 16 mei  kita akan menyambut hari gur.. maaflah jikaulau aq post pasal hari guru nie walaupun tahu dah lepas lama dh.. setiap kali hari gur aku akan ingat lagu ini...  TERIMA KASIH CIKGU!!

OHHH kUkU KU!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada 16/5/2012. aku dah tak tahan lagi untuk menanggung kesakitan jariku ku ini lagi... akhirnya aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor. ibu aku telah menasihati aku untuk pergi jumpa doktor. semasa berjumpa dengan nama aku dioanggil oleh jururawat, hati aku dah berdebar-debar. doktor tanya macam mana boleh jadi macam ini, aku jawab semasa buat kerja hari tuh ada tersepit bend dekat kuku aku tu. ala mcm tersepit benda yang kecil. lepas tu doktor cakap cara nak bagi cepat baik adalah potong kuku aku tuh sampai pendek. Lalu aku ikutlah doktor tu dekat bilik khasnya dan didatangi juga 2 orang jururawat. Aku mula fikirkan apa yag akan berlaku selepas ini. aku mula perhatikan bahan/ perkakas untuk diguna.antaranya ialah jarum,pembalut,gunting dan sebagainya. mula -mula doktotr tersebut masukkan ubat kebas sebanyak 6ml. perghhh aku dh mula cuak.. di jari aku dicucuk dan dimasukan ubat kebas tu sebanyak 3ml dua-dua belah. semasa dimasukan itu. dijariku memag ada nanah pada waktu itu ,doktor masukan jarum kt situ dan enjet kt situ sampai terkeluar nanah tuh dan ubat tuh.. aq dah mula rasa sakit gile2 r. lepastuh aku dah tak rasa apa-apa dijari aku... yg aq rse ialah kebas sahaja. doktor tuh kata kamu pandang tempat lain.. aq x tau apa yg dibuat oleh nurse tuh... lps tuh aq disuruh rendam jari aq.. aku lihat kuku jariku sudah dipotong habis.. tinggal isi sahaja.. isi yang berwarna merah + darah.... lepas tuh jari ku dibalut... seperti gambar diatas... wow pengalaman yang palng best!!!

Sabtu, 12 Mei 2012

PPT 2012




 Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bulan Mei merupakan bulan semua pelajar menghadapi peperiksaan. aku juga tidak terkecuali. Good Luck spe yng exam mid-yer 2012
   

Khamis, 5 April 2012

Kerjaya dalam bidang perkomputeran.

Kerjaya perkomputeran dalam bidang perkhidmatan awam (Perlukan kelulusan dalam bidang IT)

1. Pegawai sistem maklumat F41,F44,F48,F52 - perlu ijazah dalam Sains Komputer / Teknologi Maklumat)
2. Penolong pegawai sistem maklumat F29,F32 - Perlu Diploma dalam Sains komputer / Teknologi Maklumat )
3. Juruteknik komputer FT17 - perlu SPM dan sijil kemahiran IT daripada kolej-kolej kemahiran (sijil MLVK)
4. Pensyarah IT di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Kolej-kolej kemahiran awam - perlu ijazah dalam bidang IT
5. Guru IT - perlu ijazah dalam bidang IT

Kerjaya IT dalam bidang swasta ( Perlukan kelulusan dalam bidang IT )

1. Pengaturcara komputer
2. Juru analisis sistem
3. Pembangun laman web
4. Pentadbir rangkaian komputer
5. Juruteknik komputer
6. Pensyarah IT di IPTS / kolej swasta
7. Artis animasi
8. Jurutera perisian
dan lain-lain lagi..

Mereka yang berminat bekerja sendiri juga boleh menjadikan IT sebagai satu kerjaya mereka seperti

1. Menjadi usahawan IT - buka kedai jual peralatan komputer, buka cybercafe
2. Jadi consultant IT - contohnya sebagai penceramah kursus-kursus IT
3. Buka pusat pembelajaran atau latihan komputer

Bekerja sendiri dalam bidang IT tidak memerlukan kelulusan akademik dalam bidang IT pun boleh. Namun perlu ada ilmu dalam bidang ini. Ilmu boleh didapati dengan meneroka sendiri melalui membaca buku IT atau mencari maklumat menggunakan medium internet.


            

Ahad, 1 April 2012

PANTUN KAWAN


Pantun-Kawan

ini kisah suatu penglipurlara..
Kisah seorang kawan.sekadar suka-suka mengisi masa yang ada...

pantun kawan cari kawan
pantun berlawan dapat tawan
hati2 bila berkawan
jangan sampai jadi lawan.

hati2 bila berkawan
jangan sampai jadi lawan.
Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen...hahahahaha

Mula-mula kita kawan
Lepas tu kita kawen
Ada jer kata lawan
silap hari kena habuan

Masuk hutan disengat tebuan
Sakit terasa seluruh badan
Banyaklah bersabar kerenah teman
Soal hati banyak dugaan.

cantik sungguh si rama2
hinggap di atas pohon jati
suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati

suka dan duka ditempuh bersama
itulah dia sahabat sejati
ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.

ibarat sumbang lagu dan irama
jika kendur ikatan di hati.
hubungan sahabat tentunya lama
selagi ikhlas didalam hati.

jangan disimpan dalam peti
tapi simpan atas para
jujur dan ikhlas dalam hati
barulah persahabatan kekal selamanya

aduh!! sakitnyer gigi ,
sebab makn cklet cabry,
rase sronok kat hati,
coz,,,kekawan baik dan hapy…


bersama2 kita bersahabat
mengharungi ombak dan badai
untuk kekal bersama
di teratak yang bikin gempak……..

teknologi canggih pembawa cerita,
hasil dari merentas sempadan,
kalau mencari cerita cinta,
teratak ini sedia menemukan,

beli halwa di pekan rabu
halwa rasa manis begitu
berkawan biarlah beribu
berkasih biarlah hanya satu

kalau berkawan biar beribu,
kalau berkasih hanyalah satu;
yang mana satu pilihan kalbu,
nanti tak dilayan rasalah malu,

he..he..segan ler…

pergi ke kedai membeli kelambu,
dibuat tidur di malam hari,
kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,

kupilih-pilih yang mane satu,
nanti berkenan kubawa lari,
tapi jangan le buat begitu
takut nanti ada yg benci

Tanam pisang tepi rumah
Tempat bertenduh kete Kancil
Berkawan mudah bercinta susah
Maklumlah manusia ni macam2 style.

pergi bertapa kat gua mulu,
rehat jap minum kopi,
kalu nak bercinta jgnlah malu,
luahkan lah rase di hati,

anak hang jebat tak pakai baju,
nyorok malu belakang almari,
sampai mase kiter bertemu,
mungkin ade yg menawan di hati,

pagi2 kutip cendawan,
malam2 tanam bunga,
diteratak nie kita berkawan,
bila bertemu mesti gumbira…

sambil berpantun kita bergembira
untuk hilangkan luka lara
sambil mencari kawan bersama
untuk dijadikan teman setia
hakcipta http://farouqdec21.blogspot.com/2008/08/pantun-kawan.html

KAWAN?? FRIENDS??




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

aku nak cerita pasal kawan. kawan?? kawan senang dicari. aku pun ada ramai kawan. semua orang ada kawan. ini aku nak cerita erti kawan baik.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita. Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.