Sabtu, 28 Januari 2012

TEKA-TEKI!!!

1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa


2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.


3) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

4) Siape yang menemukan dompet kulit?

Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'


6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...


7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus


8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut


9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak


10) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'


11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: Sekretari baik.................. 'Selamat pagi Boss' Sekretari kurang baik........... 'Dah 
pagi ni Boss'


12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh


13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur


14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung


15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...


16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile ape...


17) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah.....




(wakakakaka lwak x teka-teki nie) =.=" 

Selasa, 24 Januari 2012

Frenz... friend...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Apabila masuk tingkatan 4, ramai kawan-kawan aku pindah sekolah. Aku tau kawan-kawan aku indah sekolah bukan saja-saja, tetapi mereka hendak mencapai apa yang mereka cita-citakan.
 aku tahu betapa sedihnya hendak berpisah dengan kawan-kawan kita, terutamanya kawan baik. Bagi aku kawan biasa yang pindah sekolah aq berasa sangat sedih apatah lagi kawan baik aku. 
pada bulan januari 2012 ini, hampir setiap hari aku mendengar khbar yang kawan-kawan aku berpindah sekolah. aku amat berasa sedih apabila mengetahui yang kawan-kawan aku berpindah sekolah terutamnya kawan sekelas aku.

Apabila aku dapat tahu kawan baik aku akan pindah sekolah, terasa sedih sangat. yelah mana tidaknya, dahlah 1 kelas dari tingkatan 1, pada mulanya aku sangat rindu dengan kawan-kawan 1 kelas dengan aku dari tingkatan 1 kerana semua telah berpecah masuk kelas lain-lain. dengan kedengaran mereka nak pindah sekolahh lagi lah diriku rse sedih dan sunyi.


kawan-kawan ku bagaikan gambar bunga dibawah ini. apabla ditiup semuanya  akan pergi ke tempat yang apa diinginkan. atau ape yang aku maksudkan ialah semua kawan-kawan aku pergi kerana ingin mengejar cita-cita mereka apa yang diimpikan selama ini. Jikalau dipanjangkan umur, kita akan berjumpa lagi

SEMOGA KAWAN-KAWAN AKU BERJAYA 
SEMOGA BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA
SEMOGA BERJAYA DI MASA HADAPAN

Ahad, 22 Januari 2012

Penat~



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

sudah lama aku tidak update blog aku ini... mana tidaknya, asyik sibuk sahaja. biasalah pada awal-awal tahun sekolah memang sibuk dan sangat letih. aku tiap-tiap hari letih kerana banyak aktiviti perlu dibuat sebelum balik ke rumah.  cuti sekolah pun banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. kalau tidak siap , siaplah aku kena marah dengan cikgu. hahaha lebih baik  aku siapkan. 







Selasa, 17 Januari 2012




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Mesti ramai pelajar sudah mendapat kerja sekolah yang banyak.. aku pun dapat kerja sekolah yang banyak terutamnya pelajar sekolah menengah. Awal tahun mesti sibuk dengan rumah sukan, lepastu kerja sekolah mesti banyakkan cikgu bagi. Banyak tak banyak kita mesti siapkan kerja sekolah. Aku tau mesti ramai merugut kn?? terutamnya awal-awal tahun ini .




 biasalah kalu cikgu banyak kerja sekolah itu, untuk kebaikan korang jugak. supaya korang faham apa yang korang pelajari .





Nak tak nak kita wajib menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan kepada kita. 



Jumaat, 13 Januari 2012

first day!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


aku ucapkan selamat datang ke sekolah !!!
mesti ramai suka sekolah sudah bermula. 


Rabu, 11 Januari 2012

HOme Work!

assalamualaikum, aku sudah jarang update blog ini. Yelah aku kan budak sekolah, bnyk r kerja sklh yg dpt.. Mkin bertambah

Selasa, 10 Januari 2012

entah le

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Aku tahu murid tingkatan 4 ramai yang mula pindah sekolah. Ada beberapa kawan aku juga telah pindah sekolah kerana untuk menyambung atau meneruskan pembelajaran mereka di dalam bidang yang diminati. Jikalau boleh janganlah pindah sekolah hanya semata-mata ikut kawan anda. Kalau anda buat begitu, anda akan merana. Kawan anda tidak akan merana. Segala bidang yang anda minati perlulah untuk diri sendiri, janganlah anda ambil matapelajaran itu kerana kawan anda juga mengambilnya. Sampai disini sahaja. Aku ucapkan selamat jalan atau selamat tinggal kepada kawan-kawan yang pindah sekolah ke sekolah lain. Dengan pesanan: belajarlah elok-elok

BERSUSAH-SUSAH DAHULU, 
BERSENANG-SENANG KEMUDIAN


Pertemuan dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa




 "Setiap ada pertemuan pasti ada perpisahan,
               Kalau kita tidak ingin berpisah maka janganlah bertemu
 tapi kalau sudah bertemu, maka bersiaplah untuk berpisah dengannya."



Sabtu, 7 Januari 2012

Buku Teks Aku!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Aku saja-saja hendak kongsi gambar buku teks tingkatan 4 aku.
  Layan....





 



Jumaat, 6 Januari 2012

Tingkatan 4...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 4 Januari 2012, aku telah memasuki alam persekolah Menengah Atas iaitu Pelajar Tingkatan 4. Aku mendapat atau aku mengambil matapelajaran elektif Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan ICT. Insyallah aku boleh bawa matapelajaran ini.